Setiap bisnes perlukan publisiti. Publisiti dapat menyebarkan virus-virus maklumat kepada orang ramai tentang bisnes kita.

Publisiti juga adalah satu daripada teknik pemasaran efektif. Ia bukan untuk menjual, namun ia berkesan supaya orang kenal bisnes kita.
Lebih ramai orang kenal bisnes kita, lebih tinggi peluang kita untuk mendominasi dua elemen ini iaitu:
§ Penjenamaan.
§ Pemasaran.
Dalam artikel ini, kita akan belajar bagaimana untuk menggunakan teknik mendapatkan publisiti dengan kos yang rendah. Serendah 0.00 sen. Tidak perlu pengiklanan di televisyen, akhbar dan sebagainya.
Kita akan bermula dari bawah. Tanpa perlu kos yang sangat berisiko.
Berkenalan Dengan Juruhebah Maya
Juruhebah maya bermaksud pemilik-pemilik secara perseorangan yang memiliki medium hebahan. Dalam bahasa mudahnya, mereka ini adalah golongan blogger. Ramai blogger di Malaysia boleh memberikan publisiti secara percuma kepada kita.

Bagaimana impaknya pada bisnes?
Sebagai contoh, jika memiliki perniagaan yang menjual tudung. Bayangkan jika 1 blog mempunyai 1,000 orang pembaca.
Apabila kita berjaya melakukan hubungan kerjasama yang baik dengan mereka, kita sebenarnya sudah memperoleh nilai hebahan bisnes sebanyak 1,000 orang.
Modal dari sudut wang ringgit? Tiada.
3 Teknik Berkesan Pikat Juruhebah Maya
Apakah teknik yang terbaik untuk membantu kita memikat golongan blogger ini supaya mereka menjadi pusat publisiti percuma bisnes?

Berikut adalah 3 teknik yang dapat meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya. 3 teknik itu adalah:
1. Hadir ke majlis blogger.
2. Kenalkan diri dan perniagaan kita.
3. Berikan sampel produk percuma.
Hadir Ke Majlis Blogger
Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk hadir ke majlis yang mempunyai himpunan blogger-blogger di kawasan tertentu. Kos untuk hadir ke majlis ini biasanya percuma kerana kebanyakan masa ia ditaja oleh organisasi tertentu.
Kenalkan Diri dan Perniagaan Kita
“Setiap blogger adalah aset publisiti bisnes.”
Sediakan kad bisnes, sediakan mesej untuk perkenalkan diri kita kepada majoriti blogger yang hadir ke majlis itu. Anggap mereka sebagai rakan karib kita. Beritahu mereka perniagaan apa yang kita lakukan dan sebagainya.
Berikan Sampel Produk Percuma
Berikan mereka berita baik. Berikan mereka barangan secara percuma sebagai tanda penghargaan. Dengan memberikan produk percuma ini, secara tidak langsung kita mencipta satu pendekatan emosi bersama pemilik blog.
Secara tidak langsung, mereka akan menghebahkan bisnes kita menerusi artikel-artikel terbitan di blog. Bayangkan, 1 blog mempunyai 1,000 pelawat. Jika 10 blog, maka bisnes kita sudah mempunyai publisiti percuma seramai 10,000 orang.
Berapakah kosnya? Lebih rendah dan berbaloi jika melakukan publisiti secara berbayar.
Adakah tuan puan sudah cuba melakukan tip publisiti percuma ini? Bagaimana kesannya? Kongsikan pada ruangan komen supaya dapat meningkatkan semangat pemilik bisnes lain untuk meraikan teknik ini.
Catat Ulasan